Wednesday, March 24, 2010

Interview Bersama JomGIg.com

Benda nie terjadi lepas show cloth n clef tu la. Kiteorg naek atas terus interview. Untuk memberitahu yang aku vokalis DazMeLoN. Check this website :)

http://www.jomgig.com/content.php?id=45

Masa interview sape buat perangai?Aku kot, aku da blur tak tau nak buat ape. New member, nak jawap soalan pun tak tahu, So aku maen-maen bersama rakan-rakan.

hahahahha

DazMeLoN ( Cloth n Clef Jalan Changkat )












Diteruskan dengan 2nd show kedua bersama DazMeLoN. Show aku bertemakan rambut panjang. Masa ini drees up memang da emo abis la.

Antara show yang tough buat aku, mana tak nye bukan calang - calang band maen. Budak - budak twisties bingit, MODREAD. Pastu ada Labrats, sideband vokalis One Buck Short. Band yang memang otai kat indie area pula pastu, Robot Asmara. Memang sempoi abis.

Menggunakan petua suara yang Man suruh, sempoi!!. Malam tu menjadi bagi aku. Dan aku rasa aku da sampai tahap dyorg as a vokalis DazMeLoN.
Aku memang enjoy giler malam tu, dengan crowd menggila malam tu. Tapi ada orang kata ala member ko. Pikir-pikir balik kalau member kita sendiri pun kalau kite tak performe takkkan diorg jadi gila kan?he69.
Aku tengah tunggu video, tapi tak dapat-dapat lagi. Nanti katanye. Tunggu je la. Ada sikit gambar sebagai tatapan. Nway, ni la satu - satunya show aku yang berambut panjang. :)





DazMeLoN ( MyEvo ClubHouse Gig )










Ujian pertama aku dengan DazMeLoN. Mase ini nak tentukan aku dapat ke tak. Bak kata Man la. Suara aku hilang sebab 3 hari berturut aku belatih sampai hari show suara aku hilang. So antara show aku paling worst. Lagu pertamada kantoi, apatah lagi kalau aku performe 4 lagu. Sure kantoi kan? ha69. Da down gak, tapi pengalaman ajar aku, jangan give up, so aku mula la training start hari tu bersungguh - sungguh untuk capai ape yang orang nak.
Ramai gak ar kawan - kawan yang aku jumpe, band yang aku jumpe masa kat Plaza Alam Sentral, Sekumpulan Orang Gila tertutamanya. Dieorang sekarang da mantap da.


Benda laen yang buat aku lagi semangat nak berlatih adalah, pas show semua orang ambik gambar dengan Ainol je bukan nak ambik gambo dengan aku. Geram Giler! ha69.

Gambar Kenangan Masa kat gig tu, 1st time nyanyi pakai healer. :p

Video aku tak dapat, kalau dapat nak post pn aku malu agknye.


DazMeLoN

Bukan buahan - buahan tempatan, dari luar negara ni. ha69. Nie la band aku untuk sekarang, and hope akan jadi band terakhir aku, and hope aku boleh pergi lagi jauh dengan band ni. Sejauh yang boleh.

Aku tak create pun band nie, idea asal Ayat dengan Man. Perlu ke aku cerita kisah DazMeLoN disini? Tak perlu sebab blog ini adalah blog aku bukan blog DazMeLoN. ha69.

Line up??

  • Equillanny ( Voc )
  • Ainol ( Drum )
  • Ayat ( Guitar )
  • Man ( Bass )
Aku join dyorg by audition, tak brape nak ingat la tarikh aku join. Tapi bulan 12 tahun 2009. Aku terpilih dari 50 - 60 orang yang diinterview. Bak kata man.

http://www.myspace.com/dazmelon

TangsiBerbunyi

Idea ni datang dari member aku yang mungkir janji, cakap nak balik cuti lambat sikit. Last -last semua balik awal. Pastu aku merajuk dan balik lagi awal dari diaorg sampai kelas semua aku ponteng. ha69.


Masa dalam kereta la aku dapat ilham. Cuti sekolah panjang, tapi aku takda benda nak buat. So aku ingat nak buat lagi dua lagu pastu rakam je guna handphone dulu. Aku dengar pun da menarik, memandang cuti yang terlalu lame gile, cuti sekolah katakan, aku pun meletakkan lagu - lagu di myspace pada akhir tahun 2009.

Dengan secara tiba - tiba ada brother smugglers ni offer maen acoustic performance dengan dia. Aku on jerk. Pastu aku panggil Nuh untuk tolong aku buat lead and maen untuk show. Sebab lagu - lagu aku dia je selalu dengar, so aku tau ape dia akan buat. Sejak dari tu lah Nuh follow aku as Tangsiberbunyi. Kami gerak acoustic je walaupun stage besar gile dengan drum.

Mase nak show kat Shah Alam aku mintak tolong emo maen keyboard, untuk pemeriah majlis. Tetiba pula pas show tu gak Nuh tarik diri sebab dia tak yakin untuk pergi jauh. So aku mintak tolong Din ( Drummer Yogurt Lemau :p ) maen dengan aku untuk next show kat lepaq cafe as guitaris. Last - last setiap show tambah - tambah jadilah band.

Aku bubar benda ni pasal aku da tak leh nak bawa TangsiBerbunyi lagi, coz masa ini jugak la aku vokalis DazMeLoN.

Kalau ko nak tau pasal TangsiBerbunyi ko klik link kat bawah ini.
http://www.myspace.com/tangsiberbunyi

Gambar dan flyers untuk tatapan tak banyak sebab aku dulu tak rajen komputer. Sekarang je terlebih rajen sampai buat blog. Untuk tau semua show-show TangsiBerbunyi yang da berkubur tu. Chck kat downshow kat profile.

Apa-apa pun aku still Mr. Tangsi :)

Yogurt Lemau :p



Ini memang kenangan manis la bagi aku. Masa mula-mula masuk maktab. Dengan tak tahu ape-ape dan tak kenal sesiapa. Senior kami telah menarik kami, batch muzik junior mase tu. Bulan Julai 2008.



Dia pergi cari kelas muzik mase orentasi, pastu slumber je cakap. Aku nak kelas ini hantar wakil untuk pertandingan BOTB. Aku dalam kelas aku, yang aku baru nak kenal Nuh je. Nuh pula kenal dengan budak Din. Din ni pulak baek dengan Pedi. Kami semua kenal dengan name HAIZAT HAIKAL. Ejat ni famous taw dia kat maktab.he69.

Cmne boleh tertubuhnye budak-budak lemau nie? ala dalam kelas tu memang kami 5 je sekepale. Pastu bile kena buat band memang kami berlima je minat band-band nie. Mula - mula tu berebut gak la siapa nak pegang gitar. Aku pun da lame tak maen band, aku trime je la tawaran tu. Lepas perbincagan selesai maka line up ditentukan.
  • Aku ( Voc)
  • Nuh ( 1st Guitar )
  • Pedi ( 2nd Guitar )
  • Ijad ( Bass )
  • Din ( Drum)

Memang klako tengok video ni balik. Biasa ar, baru kenal. Pastu tak tau minat masing masing, practice 2jam je.

Hahahhaah. Enjoy~~

Habis je band nie, aku dengan Ijad belah. So 3 orang yang tinggal buat la band baru bergelar Artikulasi. check ar band nie.

http://www.myspace.com/artikulasi

Tuesday, March 23, 2010

Pertandingan Lagu Asli?

Citenye cmni,selepas malam Dinamika hayat, kat dalam citer I WANNA BE FAIZAL TAHIR hari khamis ad lecture call aku. Aku lupe la name lecture tu. Sorry wey!!. Dia suro datang jumpe dia, terus dia cakap nak bawak aku pergi Changlon pertandingan lagu asli hari Sabtu. Sebab penyanyi asal masalah tekak. Aku macam terkejut, tapi aku jenis yang terima je, so aku go on je la. :p



Masa ni, Cik Farid Train aku. Aku kena bawak lagu Siti Nurhaliza?? Aku mula rasa LOOSER~~. Tapi henjut je la, dapat sijil peringkat kebangsaan tu. :p Tajuk lagu aku Joget Budi Dan Rupa. Latih punya latih, kalau aku bawak lagu tu memang makan mase. Kalau ikot stail aku jadi pop. So Cik Farid blur, aku pun blur tapi gerak je kesana.

Dipendekkan cerita masa kat Changlon ,Cik Farid tahu Fateen boleh nyanyi, so dia terus reject aku dan ambik Fateen. Fateen ikot pergi Changlon sebab dia budak zapin. So untuk slot menari dia takyah nari. Dia nyanyi, terux juga dia kena train dengan cik Farid. Malam tu masa show sore dia tak keluar. Cian dia. :( Dia nangis pastu. Semua ni aku rasa salah cik Farid sebenarnye.



Apa-apa pun aku rindukan korunk guys, azza, safri, syeeda and semua Zapinrianz. :)

Hilang Semangat Seketika Untuk Terus Nyanyi

Masa Koir Kemerdekaan, aku da masuk maktab da time ni. Malam koir tu ada pertandingan karaoke. Aku masuk la. Seminggu kat situ. Setiap maktab kena hantar wakil. Irfan suruh aku masuk pasal Irfan ingat kena nyanyi lagu patriotik. Aku pun mula-mula pikir tak mau, pasal lagu patriotik. Tapi takpe la, henjut je la. Cakap verstille.he69. Aku pergi la daftar. Sekali lagu bebas, aku bawa lagu Biar Bulan Bicara. Pas nyanyi lagu tu, 1st tyme aku rase puas hati dengan nyanyian aku.

Time final, aku pilih lagu Salju di Danau Rindu. Aku lakukan kesalahan sama macam mase kat matrix, terlebih belatih waktu petang. Tapi itu bukan masalah sebab aku da tau teknik suara yang betul, budak maktab katakan. he69. Tapi benda yang buat aku down before nyanyi adalah, lecture dari Maktab laen. Siut la, brape kali aku kena turun naek tuko pakaian sebab dia tak suka. Memang fuck giler rase. Da ar penat turun naek, kena marah. Sape ada mood lagi nak nyanyikan. So aku kalah.Pastu agak lama berenti nyanyi kerana malu peristiwa malam tersebut.
Tapi ini lah video aku nyanyi lagu BBB. Siap ad komen Juri.Omar rakam. Thanks Omar ~~



One In Million AUDITION!!

Aku pernah test auditoin untuk One In Million Pertama kat JomHeboh Melake, tahun 2006 tak salah aku. Aku pergi dengan Kewek. Masa tu jalan-jalan nak jumpe artis la konon-kononnya. Pastu nampak la signboard One In million Audition, dengan tak tahu malunya aku pun pergi lah audition. Masa tu aku bawak lagu Jamal Abdillah, tajuk aku lupe la wey. Aku pun nyanyi, aku start semua orang senyap. Dalam hati comfrim sedap, sampai habis semua orang senyap. Pastu time juri untuk komen, dia kutuk aku nyanyi. Dia cakap tak sedap. Aku dah boleh agak sebenarnye pasal semua orang senyap, so aku turun stage dengan muke yang blushing dan blah!!.


ha6969696969969696969.

I Wanna Be FAIZAL TAHIR ( Mule Gerak as Karaoke Singer )






Aku ingat lagi aku dijemput untuk nyanyi malam dinamika untuk budak-budak hayat.


Da masuk matrix,so hidup kat matrix je,xda mase kat band. Jiwa berontak nak nyanyi balik. Aku pun nyanyi je la malam tu. Malam pertama aku henjut lagu Relaku Pujuk. Pergh! gempak la konon malam tu dalam hati. Pastu malam kedua takda orang nak nyanyi, aku nyanyi lagi dengan lagu yang sama. :p
Start dari tu, aku mula rase senang gerak sendiri.
Semangat Faizal Tahir meresap kejiwa aku masa semester kedua. Ada pulak malam Dinamika untuk budak-budak kos aku. Lagu Mahakarya Cinta,aku dendangkan untuk seseorang malam tu. Siap bagi bunga kat dia masa tengah nyanyi. Gerek seyh!. Tapi sekarang aku kena tinggalkan dia sebab komitmen hidup aku yang makin busy. :( Aku Doakan dia berbahgia je. :)


Malam sebelum aku jadi Faizal Tahir tu he69 aku duet dengan Fateen. Lagu Fantasia Bulan Madu dan Penghujung Rindu. Masa malam ni, aku rase betul - betul sucks, pasal petang tu, aku menarah suara aku sampai hilang. Konon-konon practice dengan Fateen. Apa-apa pun aku rindu giler kat Fateen. Mane ko ea? :P Sape Fatin? check kat PERTANDINGAN LAGU ASLI?

Eyva ( Ma 1st Song )

Antara citer best gak pasal hidupmuzika aku, aku mula-mula masuk maktab ni aku baru nak blajo maen gitar. So aku belajar lah betul-betul, cikgu-cikgu aku adalah Dino, Nuh dan cik Razak.

Time mula - mula masuk maktab aku da start suka da kat budak kelas aku lagi. Nama dia Chirstina. Walaupun baru reti maen gitar sikit-sikit dan Dino selalu kutuk struming aku teruk, aku da start da buat lagu.he69.

Lagu eyva tu asalnya Christina, CHRISTINA GADIS YANG KUPUJA,WAJAHMU LEMBUT BAGAIKAN SUTERA..BLAH3X.. Sampai 1/3 lagu tu aku dapat tau Tina ni da bertunang, so aku kenalah dengan awek yang bernama Siew Fie pula. Dari dia aku ambik ilham untuk siapkan lagu tu, tapi cerita yang sama 2/3 lagu tu aku dapat tau dia nie pulak da bertunang. sedey wey. Apa malang la, pastu sampai sekarang aku malas nak cari awek lagi aku terus tamatkan lagu tu dengan NAMUN SEDAR DIRIMU DA BERPUNYA..

Siapa eyva pula, semua ni idea soul la. Dia suro letak nama eyva. Awek ni dulu rajen giler call aku. Ntah ape masalah ntah. Sikit-sikit call. Aku letak nama eyva pasal nama tu macam market je. Tup Tup. Bila dia dengar name dia da buat lagu lagi dia perasan. Tapi aku malas nak tuko lagi nama tajuk pasal, aku fikir tu kot yang terbaek. :)

Ni la lagu eyva, aku tak buat rakaman official pasal aku takda bajet. Tapi kalau korunk ikot TangsiBerbunyi satu ketika dulu, semestinya aku akan bawa lagu ini untuk semua performance aku. Video ini aku rakam masa aku performe kat SUBANG. Masa ini aku satu stage ngn BUNKFACE and COUPLE. Check kat Tangsiberbunyi nanti ea?

Thanks Hafiz rakamkan, pasal dia jugak aku kenal Raja Emma malam tu. hahahahhaha.




Sounds Project

Inilah band yang mule-mule mengajo aku tentang erti muzika kumpulan. Sekitar umo 15tahun mase ni aku form3. Budak-budak nie mulenye aku kenal masa kat sekolah,kemudian aku dapat tahu dyorg tinggal area rumah aku. So petang-petang lepak la same-same. Aku start kenal ngn Paan la, sebab dia sebaya dengan aku. Aku ni dulu kalanya merupakan seekor mahluk yang suke melalak, Paan dah tak tahan dia pun ajak aku pergi jamming. Aku pun ikot je, 1st tyme jammin, biasa ar blur. Lagu pertama aku dengan dyorg mestilah lagu DI TEPI PANTAI YANG INDAH,ha69. PItalicada masa inilah aku blur abis. Gua tak layan der Rock Kapak. Gua layan lagu semasa,mase itu aku ingat yang tengah top sekali adalah lagu INDON!. Tapi sebab terlalu rajin ikot Paan, aku pun mula lmenghafal lagu rock kapak aka Lagu Nak Kena Jamming.he69. Masa ini mahluk-mahluk laen yang aku jumpe adalah.
  • Paan ( Bass)
  • Uda ( Guitar )
  • Kadok ( Drum )
  • Keling ( Guitar )
  • Aku (Voc )

Era ni, akunye dress up REMPIT.ha69. Mase baru nak ade moto orang kata, Lagenda 1st edition. So jadilah MAT REMPIT sementara. Dengan kasut,jaket sme.Pergh!! gua rempit der.ha69. Rempit + RockKapak = RempitKapak :p

Kenangan dalam band : Ada satu ketika masa Paan gaduh dengan Uda, aku sendiri tak tau ape citer. Masa tu nak hari guru. Masa ni form 4 kot ( rasenye lew ). Kiteorg practice nak performe utk hari guru, lagu KENANGANKU versi rock. Gua rock Ok!!ha69. Nak dipendekkan citer petang tu masa nak rehearsal kat dewan High School Muar terdengar band sore Paan menanyanyi dengan live band dari luo. Lagu MIMPI YANG SEPURNA. Pastu benda tak brape ckear kat otak aku,tapi tak salah aku aku dengan uda blah.

Persembahan pertama bersama LIVE BAND : Pada hari guru tersebutlah merupakan hari pertama aku terlibat dengan muzik yang dipanggil band ini. Tapi, pada hari tersebut band Paan tak maen pun. Aku tak tahu kenapa.

Tahun lepas aku dengar citer dyorg da buat band, Alhamdullilah da ade kemajuan. Meletakkan Uda sebagai vokalis, Paan sebagai gitaris. Maka terlahirlah Sounds Project.

Check la dyorgnye myspace, mempetaruhkan HALUANKU & SAHABATKU FUNKY sebagai 2 single mereka.

http://www.myspace.com/soundsproject09

GUD LUCK GUYS~~

Chika-Chika Band

Ini band ke2 yang aku join,masa ni still kat bangku sekolah lagi. Lepas sengketa antara Paan dan Uda ( Sounds Project ). Aku try cari member jamming laen, yang boleh lepaskan gian. Masalah aku berat masa nak buat band nie, sebab aku tak leh maen instrument. Damn!!.
Time umo sekitar 17taon, form5, akhirnye aku jumpe satu lagi geng jamming. Budak kelas aku, tapi tak brape nak baek. Dyorg ada 3 orang je, so aku mula ikot dyorg sebab dyorg jamming takda orang nak nyanyi. Masa ni, minat kat muzik start tinggi giler!! Akibat cintakan muzik sanggup ponteng kelas nak maen muzik.ha69. Subjek yang selalu dilupekan adalah fizik, psl fizik kena pergi makmal pada waktu petang. Dari ngantok dalam kelas kami cabut dan Jamming la.
1st line up untuk Chika-Chika band.

  • Dghrum(Drum)
  • Padi(Gitar/Bass)
  • Halim(Gitar/Bass)
  • Aku(Vocal)

Kejap je band ni, pasal lepas tu nak SPM

Tapi sekitar tahun 2009 kami start berkumpul dan maen untuk suka-suka sebab masing bosan time cuti. Disebabkan Halim adalah orang paling busy dalam dunia nie la katakan.Ha69. Tinggalah kami bertiga je. So, satu hari Padi ajak jamming dan dia membawa seorang kawan dia yang boleh maen Bass, budak ini pun baru blaja. Dari maen suke-suke jadi mantap , ditambah pula aku da dikurniakan kebolehan bermaen gitar sambil nyanyi.So line up adalah sperti berikut ;

  • Dghrum (Drum)
  • Ganda (Bass)
  • Padi (Lead Guitar)
  • Aq ( 2nd Guitar/Vocal)

Antara kenangan manis band nie, bakat kami telah membuat pihak-pihak hotel tertarik untuk dipanggil bermaen, dan kami pernah mendapat tawaran dari Hotel Pelangi. Servis Chika - Chika Band boleh didapatkan untuk kerja kawen dari mak andam tertentu.

Sekarang masing-masing sibuk dengan idup n study .So Banyak tawaran kami terpakse tolak sebab lack of practice.


Ada video mule-mule chika band berjumpe balik, org kata not bad la. Pagi tu lepak umah Padi, pasti Padi cakap nak Jamming, aku ambik kord dan yang lain dengar lagu. Petang terus maen total 5lagu, tapi ni kot yang paling klako. Terimalah dari Chika-Chika Band!!